My Add

Friday 17 August 2012

Harapan Nur Shahira tercapai



*SURIANI Abdul Wahab (dua dari kanan), Madon Saban (kanan) serta anaknya, Ismadani Madon dan Nur Shahira Samsuri (dua dari kiri) tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, Selangor, kelmarin. Turut kelihatan, Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri). - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

SEPANG, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Harapan seorang remaja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta di tanah air tercapai selepas dia dibawa pulang dari Lombok, Indonesia semalam oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Nur Shahira Samsuri, 22, pada Jun lalu telah menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang lelaki bernama Nasib ke Lombok selepas enam bulan berkenalan di tempat kerja di sebuah kantin milik neneknya.

Ketibaan Nur Shahira yang berasal dari Jitra, Kedah pada pukul 11. 30 malam itu disambut oleh Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini semalam.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment