My Add

Monday 13 August 2012

Dadah bernilai setengah juta dirampas

SHAH ALAM, ISNIN, 13 Ogos, 2012 Polis menahan enam lelaki serta merampas dadah jenis heroin dan ketamin seberat 12.74 kilogram bernilai RM472,850 dalam tangkapan berasingan di Gombak dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam tangkapan pertama, polis menahan empat lelaki dan merampas sebuah beg berisi lapan bungkusan plastik dipercayai dadah jenis heroin seberat 3.63kg di kawasan parkir di sebuah kuil di Batu Caves kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Dua jam selepas tangkapan pertama, polis menahan dua lagi lelaki di pangsapuri di Gombak dan merampas dua bungkusan dadah jenis heroin seberat 348 gram serta 13 bungkusan dadah ketamin seberat 8.76kg,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment