My Add

Tuesday 21 August 2012

Pengguna di kawasan Kuala Krai alami gangguan air

KOTA BHARU, SELASA, 21 Ogos, 2012: Pengguna di beberapa kawasan di jajahan Kuala Krai mengalami gangguan bekalan air berikutan operasi Loji Rawatan Air Pahi tergendala sejak semalam.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan, berkata operasi loji air itu tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik sejak 3 pagi semalam. 

Kawasan terbabit ialah Batu Jong, Taman Teknik, Taman Daskoh, Guchil, Kawasan Perindustrian Staponal, Kampung Keroh, Kampung Telekong, Kampung Che Wa, Banggol Kulim, Kampung Pek, Kuala Pertang, Pasir Jering, Sungai Tasan, Chenulang, Kampung Enggong dan Kampung Sepuloh.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad sedang membaik pulih bekalan elektrik ke loji tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pusat Info AKSB (PINTAS) di talian 1300-88-2572. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment