My Add

Friday 10 August 2012

Yakin hudud tetap dilaksana

Oleh ZABRY MOHAMAD
PULAU PINANG, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Pemuda Pas negeri masih yakin hukum hudud boleh dilaksanakan jika pembangkang berjaya mentadbir negara meskipun ditentang keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Ketua Pemudanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, sebagai peguam, Karpal lebih tahu tentang undang-undang iaitu kuasa mahkamah syariah membolehkan hukum hudud dijalankan.

"Sebagai contoh di Kelantan, boleh dibaca enakmen undang-undang syariah negeri itu mengenai hukum hudud.

"Karpal seorang peguam, dia mesti tahu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah mengingatkan umat Islam supaya tidak menyokong DAP kerana ia adalah haram dan berdosa memandangkan parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta hukum hudud. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment