My Add

Thursday 16 August 2012

Perogol bersiri dipenjara tikam wanita

KOTA BHARU, RABU, 15 Ogos, 2012: Seorang duda yang dikaitkan dengan 20 kes rogol dan cabul di negeri ini sempat mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada seorang majistret yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadapnya atas kesalahan menikam seorang wanita, tahun lalu.

Amran Che Jaafar, 30, dijatuhi hukuman tersebut setelah dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan promoter sebuah pusat beli-belah berusia 25 tahun itu dengan menggunakan sebilah pisau.

Kejadian didakwa berlaku di bilik asrama tingkat atas sebuah kedai perkakasan di Jalan Hamzah di sini pada pukul 8.30 pagi, 15 Mei tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment