My Add

Sunday 26 August 2012

Gagal tunai janji air percuma

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Ogos, 2012: Bukan sahaja berdepan dengan krisis bekalan air, kerajaan negeri Selangor di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa 'berhutang' lebih RM300 juta kepada beribu-ribu penduduk di negeri itu kerana gagal menunaikan janji untuk memberikan air percuma secara menyeluruh sejak tahun 2008.

Difahamkan, para penduduk yang mendiami 1,378 pangsapuri di seluruh negeri itu tidak pernah mendapat manfaat air percuma gara-gara kerajaan negeri menetapkan pemberian subsidi hanya kepada pengguna meter individu dan bukannya meter pukal.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadanberkata, setiap rumah di negeri Selangor berhak mendapat subsidi air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 sebulan sebagaimana yang dijanji dan dilaung-laungkan pakatan pembangkang sebagai kejayaan mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment