My Add

Sunday 26 August 2012

Pas hanya pentingkan kuasa

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, SABTU, 25 Ogos, 2012: Tindakan kerajaan Pas Kelantan membenarkan imam dan khatib di negeri ini membaca khutbah Aidilfitri berunsur politik menunjukkan parti itu hanya mementingkan kuasa sehingga sanggup mengetepikan soal perpaduan sesama umat Islam.

Tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berpendapat, khutbah tidak sepatutnya dijadikan pentas untuk berkempen politik kerana ia hanya membawa perpecahan kepada umat Islam.

Sebaliknya, tegas beliau, khutbah sepatutnya dijadikan pentas untuk mengukuhkan perpaduan dan persaudaraan sesama umat Islam, lebih-lebih lagi dalam keadaan mereka berdepan dengan pelbagai tekanan dan cabaran pada masa kini.

“Saya cukup-cukup tidak bersetuju dengan tindakan tersebut (membenarkan imam dan khatib membaca khutbah Aidilfitri berunsur politik). Khutbah sepatutnya mengajak umat Islam kepada kebaikan di dunia dan akhirat," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment