My Add

Sunday 26 August 2012

Teks penuh laporan polis JMM artikel Malaysia Today


*PRESIDEN Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah (dua dari kiri) membuat laporan polis berhubung isu komplot mengenai artikel di laman Malaysia Today bertajuk The Day I Met Private Investigator P. Balasubramaniam yang menggugat ketenteraman dan keselamatan negara di Balai Polis Hulu Kelang, Selangor, semalam.

SABTU, 25 Ogos, 2O12:
BERIKUT teks penuh laporan polis yang dibuat oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Balai Polis Hulu Kelang pukul 11 pagi ini

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia hadir membuat laporan polis mengenai satu artikel di laman Malaysia Today yang bertajuk The day I met Private Investigator P. Balasubramaniam.

Di laman blog tersebut, Raja Petra telah membuat pendedahan bahawa bekas peguam Razak Baginda iaitu M. Puravalen, Ahli Parlimen Subang (PKR), R. Sivarasa dan P. Balasubramaniam terlibat dalam komplot untuk menggugat ketenteraman dan keselamatan negara pada 2008 bertempat di rumah M. Puravalen sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment