My Add

Wednesday 8 August 2012

Geng samum premis internet ditahan

KUALA LUMPUR, RABU, 08 0gos, 2012: Seorang lelaki disyaki aktif merompak premis internet bersenjatakan pistol Revolver .38 Special sejak enam bulan lepas, ditahan dan senjatanya dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Wangsa Maju, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, susulan itu, polis menahan secara berasingan tiga lagi rakan suspek berusia antara 21 hingga 41 tahun dipercayai bersubahat melakukan samun di sekitar Wangsa Maju dan Sentul, pada pukul 7.30 malam pada hari sama.

"Pistol tersebut dirampas daripada seorang lelaki yang ditahan di sebuah rumah di Wangsa Maju diikuti penahanan seorang rakan suspek di Jalan Kuching dan dua lagi di Jalan Pahang," katanya.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) di sini hari ini, Chin Wah berkata, siasatan mendapati pistol itu telah digunakan suspek bagi menyamun sembilan premis internet sebelum ini.

Beliau berkata, dua daripada suspek disahkan terlibat dalam satu kes ragut melibatkan pemandu peribadi seorang doktor yang nyaris maut akibat ditembak dalam kejadian berdekatan sebuah klinik di Wangsa Maju, awal tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment