My Add

Wednesday 8 August 2012

Kes ragut: Remaja 16 tahun ditangkap

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Ogos, 2012: Polis percaya telah menyelesaikan beberapa kes ragut yang berlaku di sekitar Brickfileds sejak awal tahun ini selepas tertangkapnya seorang remaja berusia 16 tahun, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, remaja lelaki dan tidak bersekolah itu ditahan di sebuah pusat komersial di Jalan Klang Lama oleh anggota polis peronda ekoran perlakuannya yang mencurigakan.

"Bila diperiksa, kami menemui tiga buah telefon bimbit serta enam keping kad 'Touch n Go' di dalam beg suspek dan siasatan susulan membawa kepada pengakuan yang dia terbabit melakukan ragut di sekitar Brickfields," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chin Wah berkata, remaja itu juga mengaku melakukan ragut terhadap seorang wanita warga emas berusia 64 tahun di Taman Desa, Sabtu lepas bersama seorang rakan.

"Mengikut laporan, wanita tersebut telah didatangi sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki sebelum bertindak meragut beg tangan miliknya," katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan rakan-rakan jenayah remaja itu yang masih bebas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment