My Add
Friday 17 August 2012
Kerajaan digesa wujud garis panduan Akta Keterangan 1950
*CHUA Soi Lek semasa mengadakan sidang akhbar mengenai Mesyuarat Komuniti Pusat MCA di Wisma MCA, semalam. Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) dan Setiausaha Agung, Datuk Kong Cho Ha.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Kerajaan diminta mewujudkan satu garis panduan jelas berhubung pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang telah diwartakan pada Julai lalu.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, garis panduan itu penting bagi memastikan mereka yang bersalah sahaja akan dihukum dan ia perlu disegerakan berikutan berlakunya peningkatan kadar jenayah dan pembulian siber.
"Kita harap kerajaan terbuka dengan cadangan ini dan tampil dengan satu garis panduan yang jelas mengenai pindaan dan akta ini.
"Satu mekanisme terbaik harus segera dibentuk dalam memastikan akta ini benar-benar melindungi rakyat," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Komuniti Pusat MCA di sini hari ini. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment