My Add

Monday 13 August 2012

Harga ayam lebih murah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Harga siling ayam sempena sambutan Aidilfitri tahun ini adalah lebih murah iaitu RM6.80 sekilogram berbanding RM7.20 sekilogram tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, harga itu telah dipersetujui melalui perbincangan bersama persatuan penternak, pemborong dan peruncit berikutan terdapat bekalan yang tinggi.

Ismail Sabri turut berpuas hati kerana terdapat sebahagian besar peniaga dan penjaja menjual ayam lebih murah daripada harga kawalan sehingga RM5.90 sekilogram.

"Harga ini bergantung kepada penawaran dan permintaan. Bila bekalan tinggi harga dapat diturunkan. Harga ayam RM6.80 sekilo adalah paling murah setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan ”Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri” kepada 517 penduduk Cheras di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment