My Add

Monday 13 August 2012

Jangan pertikai ganjaran kepada Chong Wei: Razali

MUAR, ISNIN, 13 Ogos, 2012:: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak mempertikaikan pemberian ganjaran sebanyak RM500,000 kepada pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.

Beliau berkata, ganjaran yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Chong Wei semalam, adalah wajar kerana pemain perseorangan kedua dunia itu telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan memenangi pingat perak di Sukan Olimpik London. 

"Pada saya, sumbangan itu adalah sejajar denan pengorbanan Chong Wei yang berhempas pulas mencatat rekod sebagai atlet pertama negara untuk memenangi pingat emas di temasya itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Jalan Meriam, di sini semalam.

Mengenai masa depan Chong Wei, Razali berkata, semua pihak harus memberi peluang jika pemain itu masih cergas untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment