My Add

Monday 13 August 2012

Jakim jalin kerjasama kajian kefatwaan dengan 3 IPTA

PUTRAJAYA, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat julung kalinya menjalin kerjasama dalam bidang kajian kefatwaan dengan tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Kerjasama itu melibatkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan menjalankan kajian dalam bidang; sains dan perubatan, ekonomi dan kewangan, farmaseutikal dan muamalat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, keperluan penyelidikan berhubung isu kefatwaan dilihat sesuatu yang mendesak ketika ini.

"Kita tidak boleh melihat atau beri respons sahaja sebaliknya memerlukan data dan fakta kajian yang mampan supaya pandangan hukuman yang diberikan menepati, relevan dan difahami semua lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama itu, di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment