My Add

Tuesday 7 August 2012

Jualan murah perlu kebenaran

Oleh ALI MAHMOOD dan KAMIL MASLIH
BERA, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Para peniaga atau pasar raya yang hendak membuat jualan murah dan potongan harga bagi barangan mereka perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, permohonan perlu dibuat dengan mengemukakan sekurang-kurangnya 70 peratus jenis barang hendak dijual yang disertakan bersama senarai harga lama dan baru yang hendak dibuat potongan.

Menurutnya, mereka yang mengingkari perkara tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 dan dipenjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Langkah tersebut bagi membendung mereka yang tidak bertanggungjawab apabila cuba mengambil kesempatan menipu orang ramai dengan mengaut untung menerusi jualan murah pada musim perayaan seperti hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan sebagainya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Tadarus al-Quran anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bera di Masjid Al-Fikri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment