My Add

Monday 6 August 2012

Mayat nahas kemalangan anak sendiri

MELAKA, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Seorang pemandu teksi tidak menyangka mayat yang dilihat terbaring di atas jalan adalah anaknya yang meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) Cheng Height di sini, hari ini.

Ishak Mohd. Amin, 60, berkata, dia yang dalam perjalanan mengambil penumpang dari Peringgit ke Bukit Rambai melalui kawasan kemalangan tersebut kira-kira 6.30 pagi.

"Saya nampak seseorang terbaring di atas jalan tapi tidak sangka ia adalah mayat anak saya, Mohd. Nasiruddin Shah kerana waktu itu keadaan agak gelap.

"Saya sempat berhenti sekejap dan menyuruh pihak polis menutup mayat tersebut atau segera menghantarnya ke hospital sebelum meneruskan perjalanan,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment