My Add

Sunday 26 August 2012

Isu Facebook: Khairy akan serah nama kepada polis


*MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) bersalaman dengan Khairy Jamaludin di Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan, semalam.

PUTRAJAYA, SABTU, 25 Ogos, 2012: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah mengenal pasti satu hingga dua nama yang disyaki mengendali akaun Facebook bernama Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Khairy berkata, nama individu yang disyaki memiliki akaun Facebook tersebut akan diserahkan kepada polis untuk memudahkan proses siasatan.

"Ia diperoleh melalui hasil siasatan saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dalam Pemuda UMNO. Nama berkenaan akan diserahkan kepada polis.

"Saya ingin menegaskan bahawa laman Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ini tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Pemuda UMNO. Saya juga belum tahu sama ada mereka itu ahli UMNO atau sebaliknya," katanya ketika menghadiri majlis rumah terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini siasatan mengenai laman Facebook dengan nama akaun Pemuda UMNO Malaysia yang didakwa memaparkan kenyataan berbaur hasutan.

Berikutan kejadian tersebut, Pemuda UMNO telah membuat laporan polis dan menjelaskan sayap itu tidak mempunyai sebarang akaun Facebook.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau tidak mahu mendedahkan nama individu yang disyaki mengendalikan laman Facebook kontroversi itu sehingga siasatan penuh dijalankan.

"Saya tidak mengenali mereka dan tidak tahu sama ada mereka merupakan golongan ekstremis atau berniat melakukan sabotaj," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment