My Add

Monday 6 August 2012

Jawatankuasa khas demi kepentingan rakyat

KOTA BHARU, AHAD, 05 Ogos, 291: Keputusan Kerajaan Pusat menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur adalah demi kepentingan rakyat Kelantan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jawatankuasa yang terdiri daripada pakar perundangan tempatan dan antarabangsa serta wakil daripada setiap negeri terbabit adalah bersifat neutral dan tidak perlu disangsikan.

Malah, beliau menegaskan, keputusan Kerajaan Pusat itu tidak mempunyai agenda tersirat menjelang pilihan raya umum akan datang, sebaliknya ia adalah hasil perancangan teliti jangka panjang yang dirangka sejak setahun lalu demi kepentingan rakyat di negeri terbabit.

"Kita sebenarnya sudah setahun mengadakan perbincangan dan secara intensif sejak enam bulan lalu, malah, saya sendiri terlibat dengan beberapa pertemuan biarpun bukan semua," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment