My Add

Monday 6 August 2012

Kaedah penyelesaian terbaik isu royalti babit tiga negeri

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran tunai hasil petroleum kepada Pahang, Kelantan dan Terengganu disifatkan kaedah terbaik bagi menangani tuntutan berkenaan.

Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut akan memberi ruang kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu berkenaan untuk berunding di luar mahkamah.

‘‘Setakat ini, hanya kerajaan negeri Kelantan yang telah memfailkan tuntutan tunggakan royalti hasil petroleum terhadap Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), di mahkamah.

‘‘Bagaimanapun, seperti kes-kes mahkamah yang lain, belum tentu pihak berkenaan akan menang. Pada pandangan saya, adalah lebih baik sekiranya isu berkaitan royalti petroleum diselesaikan secara rundingan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment