My Add

Monday 13 August 2012

Kayveas mahu terbit akhbar sendiri

SEREMBAN, AHAD, 12 Ogos, 2012: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas bercadang mewujudkan sebuah akhbar Tamil sendiri bagi memastikan masyarakat India tidak terus dikelirukan dengan putar belit pembangkang melalui beberapa akhbar Tamil sedia ada.

Menurutnya, langkah itu bertujuan menyelamatkan minda masyarakat India daripada terus diperdaya dengan pembohongan pembangkang sekali gus membenci kerajaan.

"Saya merasakan keputusan ini wajar dan bertepatan memandangkan beberapa akhbar Tamil kini lebih cenderung menyiarkan berita pembangkang yang berniat menjatuhkan kerajaan berbanding sumbangan dan jasa kerajaan kepada rakyat.

"Mereka memburuk-burukkan saya dan melaga-lagakan pemimpin PPP, apa yang menyedihkan beberapa akhbar Tamil melaporkan saya ingin menutup sekolah Tamil dan menuduh saya ingin merobohkan kuil, sedangkan itu tidak benar," katanya kepada pemberita pada Konvensyen PPP 2012 Negeri Sembilan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment