My Add

Monday 13 August 2012

Misi kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza ditangguh

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin Malaysia, Aqsa Syarif terpaksa menangguhkan misi kemanusiaan Ramadan/Syawal A2G8 dan A2G9 ke Gaza, Palestin yang dijadualkan berangkat hari ini atas sebab-sebab keselamatan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, situasi keselamatan di Semenanjung Sinai yang menjadi laluan anggota misi memasuki Gaza semakin meruncing.

"Keputusan ini juga mengambil kira nasihat daripada Wisma Putra yang memaklumkan tentang situasi di Sinai untuk memastikan misi Aqsa Syarif tidak berhadapan dengan risiko keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hafidzi, walaupun misi tersebut ditangguhkan, bantuan Ramadan ke Gaza telah pun disalurkan kepada NGO yang melaksanakan pelbagai projek Aqsa Syarif di sana. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment