My Add

Wednesday 22 August 2012

Kedai emas dirompak: Pemilik rugi RM350,000

MELAKA, SELASA, 21 Ogos, 2012: Seorang pemilik kedai emas kerugian RM350,000 selepas kedai emasnya dipecah masuk perompak di Jalan PMS1, Plaza Melaka Sentral di sini, awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supt. P.R. Gunarajan berkata, dalam kejadian antara jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, penjenayah memecah masuk kedai emas tersebut melalui pintu belakang kedai andaman yang menghubungkan tiga lagi kedai bersebelahan menggunakan pemotong besi.

Beliau memberitahu pemberita, pemeriksaan polis mendapati suspek kemudiannya memecahkan papan lapis yang berfungsi sebagai dinding pemisah antara keempat-empat kedai berkenaan untuk ke kedai emas tersebut.

Beliau berkata, perompak kemudiannya menebuk lubang pada peti besi empat tingkat yang menyimpan barang kemas kira-kira 15 dulang serta wang tunai berjumlah RM10,000. Bagaimanapun katanya, perompak tersebut hanya dapat melarikan barang kemas di tingkat pertama peti besi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM350,000.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment