My Add

Tuesday 21 August 2012

JPJ cadang tempoh rebat tol dipanjangkan

KOTA BHARU, SELASA, 21 Ogos, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencadangkan pemegang konsesi lebuh raya melanjutkan tempoh masa pemberian diskaun dan rebat tol kepada pengguna pada musim perayaan bagi mengelak kesesakan di plaza tol.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, tempoh had masa diskaun dan rebat tol untuk beberapa jam sahaja menyebabkan pemandu berebut pada waktu tersebut lalu menyumbang kepada kesesakan di plaza tol.

Sempena Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan ke-55 tahun ini, semua pemegang konsesi bersetuju menawarkan diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Solah berkata, adalah lebih baik pihak pemegang konsesi lebuh raya melanjutkan tempoh masa diskaun dan rebat tol bagi memudahkan kelancaran lalu lintas di semua plaza tol. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment