*SALLEH Mat Rasid (tiga dari kiri) mengaminkan doa sejurus menunaikan solat tarawih bersama anggota Mal-FPU yang diimamkan Lans Koperal Mohd. Zamzuri Irwan Mat Jusoh di Kem INAP Dili, Timor Leste.
DILI, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas menyertai Misi Pengaman Bersepadu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste menerima kejutan semasa membuat rondaan di sini, awal pagi ini.
Kejutan itu adalah kunjungan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid ke dua kawasan 'hotspot' rondaan pasukan Malaysia Formed Police Unit (Mal-FPU) semasa waktu bersahur.
Salleh dengan diiringi pegawai dari Cawangan Istiadat, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Supritendan Che Zakaria Othman dan Komander Mal-FPU, Deputi Supritendan Tan Chai Heng mengunjungi dua kawasan terbabit kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment