My Add

Friday 17 August 2012

Pahang komited mahu Tasik Chini terus dipulihara

KUANTA, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Kerajaan Pahang komited memastikan Tasik Chini yang diwartakan sebagai Taman Pelancongan pada 1989, dipulihara sebaik mungkin, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob

Serentak itu, kerajaan negeri mengarahkan Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan jabatan berkaitan lain menyediakan maklumat terkini berhubung kedudukan sebenar tasik berkenaan.
Pemantauan udara

Sambil mengumumkan beliau sendiri akan melawat Tasik Chini termasuk membuat pemantauan udara bulan depan, Adnan berkata, data terbaru UKM dan beberapa agensi kerajaan menunjukkan Tasik Chini bukan ibarat ‘manusia nazak’ seperti didakwa, malah kualiti airnya tidak teruk tercemar.

Keadaan semulajadi

“Siasatan Jabatan Mineral dan Geosains negeri April lalu menunjukkan aktiviti perlombongan di tasik itu tidak mencemari kualiti air di sana. Kajian mendapati kepekatan logam pada air tasik tidak bersangkut paut dengan aktiviti perlombongan, tetapi disebabkan keadaan semulajadinya.

Kualiti air dalam kelas dua

“Kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula menunjukkan kualiti air mengikut persampelan yang dibuat setiap bulan daripada 23 stesen, adalah dalam kelas dua. Bermakna ia sesuai untuk tujuan bekalan air dengan rawatan konvensional, rekreasi, perikanan dan minuman ternakan, manakala indeks kualiti air adalah dalam kategori bersih,” katanya.

Isnin lalu, BH melaporkan Tasik Chini yang diiktiraf kawasan Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal musnah pada 2030 akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya. -BH

No comments:

Post a Comment