My Add

Monday 6 August 2012

Kerajaan buat keputusan tepat

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Keputusan kerajaan mengekalkan had usia 55 tahun bagi membolehkan pengeluaran penuh wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), disifatkan sebagai langkah tepat dan akan membantu pekerja yang terlibat.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu juga akan dapat membantu golongan pencarum yang telah pun mempunyai perancangan untuk mengeluarkan wang simpanan tersebut sebelum berusia 60 tahun.


“Kerajaan telah mewujudkan satu pilihan yang baik buat pekerja swasta terutama bagi golongan pendapatan rendah untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP lebih awal daripada usia persaraan bagi menampung pembelanjaan seharian mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, masyarakat tidak perlu risau perancangan mereka akan terbantut ekoran akta yang diluluskan oleh kerajaan untuk melanjutkan usia persaraan dari 55 tahun ke 60 tahun, kerana kerajaan telah mengambil kira kehendak pencarum terlebih dahulu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment