My Add

Monday, 6 August 2012

Pandangan semua pihak diambil jika ada perubahan

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan terlebih dahulu sekiranya mahu mengubah dasar mengenai pengeluaran wang caruman.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, buat masa ini KWSP masih mengekalkan dasarnya yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang caruman mereka sebanyak 30 peratus ketika usia 50 tahun dan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun.

Menurutnya, meskipun had usia persaraan minimum bagi pekerja swasta diputuskan kepada 60 tahun, ia tidak mengubah sebarang dasar pengeluaran wang caruman KWSP.

''Saya sudah jelaskan di Parlimen iaitu walaupun kita tingkatkan usia persaraan sektor swasta, para pencarum masih boleh mengeluarkan separa wang mereka ketika berusia 50 tahun dan baki penuhnya pada usia 55 tahun,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment