My Add

Monday 6 August 2012

Kesatuan sekerja lega keputusan kerajaan

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) lega dengan keputusan kerajaan mengekalkan had umur bagi pengeluaran penuh caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 55 tahun.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya memandang keputusan itu sebagai satu perkara yang baik dan meredakan persepsi sesetengah golongan pekerja swasta yang kurang memahami isu pengeluaran wang caruman KWSP sebelum ini.

"Kami amat berterima kasih kepada kerajaan kerana membuat keputusan ini. MTUC berharap semua pekerja menggunakan wang persaraan itu sebaik-baiknya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan yang tidak bercadang untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran penuh caruman KWSP daripada 55 tahun kepada 60 tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment