My Add

Friday 17 August 2012

Landasan ekonomi negara betul


KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Panasonic Malaysia Sdn Bhd menyasar dapat menarik 1,000 pelanggan baru sebulan bagi penyelesaian "Private Branch Exchange" (PBX) melalui kerjasama dengan Maxis Bhd dan Atrixx International Sdn Bhd.

Perkongsian strategik itu akan menyediakan manfaat penjimatan kos pada caj telefon dan komunikasi pejabat apabila menggunakan Panasonic PBX, Sistem Global Maxis untuk talian Komunikasi Mudah Alih (GSM) dan Atrixx GSM Gateway.

"Perkhidmatan itu bertujuan untuk menyediakan faedah penjimatan kos nilai tambah kepada industri kecil dan sederhana serta usahawan kecil dan sederhana melalui kerjasama unik ini," kata Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee.

Lee berkata Panasonic kini mempunyai lebih 50 peratus bahagian pasaran dalam pasaran telefoni perusahaan Malaysia.

Di bawah perkongsian itu, Maxis akan menawarkan promosi GSM Line melalui Maxis Fixed Line Saver (FLS) dengan Unity Hotline, di mana khidmat suara tetap normal diperluaskan melalui rangkaian GSM Maxis.

Sementara itu, Panasonic akan menyediakan sistem PBX yang menghubungkan perkhidmatan suara tetap normal dan Atrixx akan menyediakan GSM Gateway yang menghubungkan wayarles Maxis GSM kepada sistem PBX Panasonic.

Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata melalui FLS revolusi yang digabungkan dengan Unity Hotline Solution, Maxis telah membolehkan pelanggan menyalurkan sehingga 30 panggilan masuk serentak maksimum kepada maksimum 100 nombor daripada satu nombor perniagaan tunggal. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment