My Add

Friday 17 August 2012

Kes pecah rumah, curi turun 21.4%

Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Kes pecah rumah dan curi yang dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini menurun 21.4 peratus daripada 18,171 kes yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, penurunan peratusan kes pecah rumah itu melibatkan kesemua negeri di negara ini.

Menurut beliau, Perlis mencatatkan penurunan tertinggi iaitu 44 peratus daripada 150 kes tahun lalu, diikuti Pulau Pinang (36.1 peratus daripada 991 kes), Pahang (31.9 peratus daripada 836 kes), Selangor (30.2 peratus daripada 5,078 kes) dan Terengganu (27.6 peratus daripada 463 kes).

Katanya, Kedah menduduki tempat keenam apabila mencatat penurunan 26.5 peratus daripada 1,090 kes tahun lalu, diikuti Kuala Lumpur (20.4 peratus daripada 2,156 kes), Melaka (18.9 peratus daripada 607 kes), Johor (18.3 peratus daripada 1,601 kes) dan Sabah (13.3 peratus daripada 1,121 kes). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment