My Add

Monday 6 August 2012

Perkasa sokong kerajaan swastakan Pelabuhan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR AHAD, 05 Ogos, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong penuh tindakan kerajaan menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang kepada syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. yang dikuasai oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana syarikat tersebut telah terbukti mempunyai rekod cemerlang dalam mengendalikan beberapa pelabuhan penting negara iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas dan di Pasir Gudang, Johor sejak 17 tahun lalu.

"Oleh itu, tuduhan DAP termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap kerajaan berhubung isu Pelabuhan Pulau Pinang itu adalah rasis dan busuk hati," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa pihak sebelum ini yang melemparkan tuduhan dan dakwaan tidak berasas tentang isu penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment