My Add

Tuesday 14 August 2012

Kroni Pas berselindung di sebalik koperasi, syarikat

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Tanah bernilai tinggi terutama di beberapa kawasan di bandar raya ini didakwa diagihkan kepada syarikat kroni pemimpin Pas ketika parti itu memerintah negeri ini dari 1999 hingga 2004.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, mereka berselindung di sebalik syarikat dan koperasi dalam mengagih-agihkan tanah yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian besar.

"Banyak kawasan tanah di bandar Kuala Terengganu yang mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh dibangunkan dengan pelbagai projek, kita simpan bagi kegunaan masa depan.

"Bagaimanapun, tanah-tanah tersebut telah diagih-agihkan kepada kroni-kroni pemimpin Pas yang berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi sewaktu mereka memerintah," katanya pada sidang akhbar selepas sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment