My Add

Tuesday 14 August 2012

Lagi kes siling runtuh di Hospital Serdang

SERDANG, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Jika setahun lalu, siling lobi utama di Hospital Serdang di sini runtuh dan nyaris menghempap sembilan orang awam, awal pagi ini kejadian sama berulang di hospital berkenaan.

Kali ini runtuhan siling berlaku di bahagian kaunter jururawat Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma mengakibatkan seorang pegawai perubatan bersama tiga jururawat yang sedang bertugas cedera ringan.

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr. Ardi Awang berkata, insiden cemas itu berlaku apabila 15 keping siling berukuran kira-kira 0.6 x 0.6 meter tiba-tiba runtuh pada pukul 2.45 pagi ini.

Beliau berkata, semasa kejadian, terdapat seorang pegawai perubatan dan tiga jururawat kesemuanya wanita berada di kaunter seluas kira-kira 4.5 meter.

"Papan dan palang siling yang runtuh terkena pada kepala dan badan kakitangan tetapi mereka bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan kecuali seorang sahaja yang terpaksa menerima jahitan di tangan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment