My Add

Monday 6 August 2012

Maritim Malaysia selamatkan 7 krew bot tunda

*TUJUH krew sebuah bot tunda yang karam berjaya diselamatkan Maritim Malaysia setelah bot mereka melanggar sebuah kapal kargo yang sedang bersauh di perairan Teluk Ramunia Pengerang, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU, AHAD, 05 Ogos, 2012: Tujuh krew warga Indonesia sebuah bot tunda berdepan detik cemas lebih dua jam apabila bot yang mereka naiki karam selepas melanggar sebuah kapal kargo yang bersauh di perairan Teluk Ramunia, Pengerang, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, kesemua mangsa yang menaiki Bot Tunda Sun Fat 3 dan berasal dari Medan, Indonesia itu diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pukul 8 pagi.

Mereka yang terselamat ialah Lalu Hermayadi, 42; Suherman, 34; Fabri Supand Ji, 23; Moktar, 54; Bambang Sumantri, 24; Muhd. Arip, 22; dan Teuku Mohamad Fauzi Rizka, 25. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment