My Add

Monday 6 August 2012

Mydin, Nestle agih 25,000 bungkus bubur lambuk

*ZAMBRY Abd. Kadir (dua dari kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada salah seorang pengunjung sambil diperhatikan Ameer Ali Mydin (kiri) di pasar raya besar Mydin Meru Raya, Ipoh, semalam.

IPOH, AHAD, 05 Ogos, 2012: Sempena ulang tahunnya yang ke-100 di negara ini, Nestle Products Sdn. Bhd. dengan kerjasama pasar raya besar Mydin Meru Raya mengedarkan 25,000 bungkus bubur lambuk ke rumah anak yatim, surau, masjid, kakitangan bomba dan penyelamat, polis serta pengunjung pasar raya itu, di sini semalam.

Majlis memasak bubur lambuk Maggi membabitkan 100 periuk oleh kakitangan Nestle itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Zambry kemudiannya membantu mengagihkan sebahagian daripada bungkusan bubur lambuk tersebut kepada pengunjung pasar raya Mydin Meru Raya dari pukul 4 hingga 6 petang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment