My Add

Monday 6 August 2012

Suspek kes tembak jurujual ditahan

JOHOR BAHRU, ISNIN,06 Ogos, 2012: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes tembakan seorang jurujual di hadapan sebuah pasaraya di Bandar Utama, Segamat pada 20 Julai lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki yang berumur 24 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 4.30 petang Khamis lepas di Taman Desa Permai, Gemas, Segamat.

"Polis turut merampas sepucuk pistol semi auto yang berisi sembilan butir peluru hidup dan satu kotak yang berisi 15 butir peluru dan dengan penahanan itu polis percaya kes pembuhanan itu telah berjaya diselesaikan” katanya.

Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 8 Ogos ini untuk membantu siasatan.—BERNAMA

No comments:

Post a Comment