My Add

Tuesday 14 August 2012

MB: Tiada arahan sekat air


*ABDUL Khalid menyedarkan risalah keselamatan jalan raya kepada salah seorang pengguna Lebuhraya Guthrie selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Raya.

AHMAD NORMAN ABU TALIB 
SHAH ALAM, SELASA, 14 Ogos, 2012: Kerajaan Negeri menafikan dakwaan Barisan Nasional (BN) kononnya pengurusan atasan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengarahkan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) untuk mengurangkan pengeluaran air terawat di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan meminta pihak terbabit untuk menghentikan tindakan seperti itu.

“Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhamed Khusrin Munawi mengadakan perjumpaan setiap hari dan tiada berlaku perkara seperti itu.

“Bulan puasa ini lebih baik kita tidak buat fitnah supaya kita tidak mendapat banyak dosa,” katanya sinis pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2012 peringkat negeri di Plaza Tol Bukit Jelutong Lebuh Raya Guthrie, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa arahan itu dibuat melalui sepucuk surat pada 2011 oleh pengurusan atasan KDEB mengarahkan pengeluaran air terawat dikurangkan dari 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari.

Mohd Zin mendakwa tindakan itu menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abass mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Mohd Zin turut mempersoalkan tindakan seorang Exco Kerajaan Negeri terlibat bantahan isu air di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kajang baru-baru ini.  SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment