My Add

Wednesday 1 August 2012

MBS selar kerajaan Selangor beri fakta salah soal bekalan air

SHAH ALAM, SELASA, 31 Julai, 2012: Majlis Belia Selangor (MBS) menyelar sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memberikan maklumat mengelirukan kepada rakyat berhubung isu bekalan air bersih yang melanda Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Timbalan Presidennya, Badrul Hisham Badrudin berkata, sikap kerajaan negeri yang enggan berterus terang dalam soal tersebut jelas dapat dilihat menerusi beberapa kenyataan yang dikeluarkan mengenai isu tersebut sebelum ini.

Mengambil contoh kenyataan Dr. Xavier Jayakumar menerusi laman webSelangorku pada 23 Julai lalu, Exco kerajaan negeri itu menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment