My Add

Wednesday 1 August 2012

Lajim Ukin mahu menjadi hero

KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Tindakan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin untuk terus menjadi ahli UMNO walaupun menyatakan sokongan terbuka kepada pembangkang bertujuan memperlihatkan dirinya sebagai 'hero rakyat'.

Penganalisis politik, Md. Shukri Shuib berkata, tindakan Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort itu jelas merupakan provokasi kepada UMNO yang bertujuan 'memaksa' parti tersebut memecat beliau agar dilihat sebagai 'mangsa' dan seterusnya mengundang simpati masyarakat.

Katanya, sebagai pemimpin politik yang sudah terlalu lama dan bukan lagi boleh dianggap sebagai calon boleh menang, tindakan Lajim itu merupakan satu amalan biasa oleh ahli politik veteran untuk meneruskan karier dengan harapan untuk kekal sebagai calon.

"Ini satu bentuk perangkap yang cuba dipasang oleh Lajim untuk mengugut kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan nasional (BN)," tegasnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment