My Add

Wednesday 1 August 2012

Petak bazar Ramadan diseleweng

Oleh WAN NOORHAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Satu sindiket menawarkan petak-petak bazar Ramadan yang mengaut keuntungan sehingga mencecah jutaan ringgit dikesan berlaku di Jalan Masjid India, Lorong Fatimah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Wakaf Orang Tua Buta di sini.

Sindiket yang dipercayai didalangi 'orang dalam' pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut melibatkan peniaga, individu tertentu di dalam persatuan-persatuan penjaja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kegiatannya pula dikatakan dikesan telah bermula sebulan sebelum Ramadan dan melibatkan ratusan petak perniagaan, termasuk yang digelar 'petak orang kenamaan' (VIP) kerana lokasinya yang strategik.

Menurut sumber, kegiatan itu dipercayai membabitkan ahli sindiket daripada persatuan penjaja dan NGO yang membuat permohonan untuk mendapatkan petak bazar kepada PBT terlibat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment