My Add

Thursday 9 August 2012

Najib lulus RM530,000 kejohanan bola sepak antara sekolah Tamil

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan RM530,000 bagi kejohanan bola sepak antara sekolah Tamil di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G Palanivel.


Palanivel, yang juga Presiden MIC berkata, projek 'Road to England' bertujuan melahirkan pelajar kaum India di Malaysia yang dapat menjadikan bola sepak sebagai satu kerjaya dengan memiliki standard yang setara dengan pemain England dari segi jangka panjang.

Ke arah itu, beliau menyerahkan cek lebih RM530,000 kepada Karen Barnes, pengarah Ken Barnes Football Academy, di pejabatnya di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

"Ini adalah julung kali pelajar sekolah Tamil mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak 'Road to England'" kata Palanivel kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek itu.

Projek berkenaan, yang dijangka dimulakan akhir bulan ini, akan membabitkan 523 sekolah Tamil di 11 lokasi di seluruh negara.

Palanivel berkata, 11 pemain berbakat dan berkemahiran dari kejohanan itu akan dihantar untuk berlatih serta bermain di kelab bola sepak Manchester United di England hujung tahun ini.

Latihan akhir dan pemilihan 11 pemain akan dilakukan oleh bekas pemain antarabangsa England Peter Barnes.
Beliau berkata, projek Road to England adalah hasil kerjasama antara Peter Barnes Football Academy dan Majlis Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment