My Add

Saturday 11 August 2012

NGO demonstrasi bantah tindakan paderi gay

*MOHD. Ali Rustam (tengah) bersama pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan paderi gay di pekarangan Masjid Al-Alami, Melaka, semalam.

MELAKA, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Kira-kira 100 orang mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pekarangan Masjid Al-Alami, Ayer Keroh di sini selepas solat Jumaat bagi membantah tindakan paderi gay, Ngeo Boon Lin mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenis di negara ini Sabtu lalu.

Perhimpunan yang turut disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas paderi tersebut kerana menghina agama dan umat Islam.

Antara NGO yang turut serta adalah Pertubuhan Belia 4B negeri, Majlis Gerakan Belia Melaka (MGBM), Pertubuhan Belia Sedunia (WAY) dan Perguruan Gerak Insan Seni Malaysia (PGISM). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment