My Add

Saturday 11 August 2012

Persatuan pengguna bantah keputusan turun had laju

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Persatuan-persatuan pengguna menyifatkan penurunan had laju sebanyak 10 kilometer sejam bagi mengurangkan kadar kemalangan sempena musim perayaan Aidilfitri kali ini sebagai tidak masuk akal dan boleh mengundang kemarahan orang ramai.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Jacob George berkata, hasil kajian pakar antarabangsa menunjukkan pengurangan had laju tidak berkesan mengurangkan kemalangan sebaliknya memandu dalam keadaan perlahan adalah lebih berbahaya.

"Sepatutnya kerajaan melihat masalah ini dalam skop yang lebih luas dengan menjadikan negara-negara maju seperti Jerman dan Amerika Syarikat sebagai bukti walaupun had laju yang ditetapkan jauh lebih tinggi, tetapi kadar kemalangan di negara tersebut rendah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment