My Add

Saturday 11 August 2012

Status tanah kosong milik kerajaan DAP?


*OH Teong Keong (tengah) bersama pemuda Barisan Nasional mengadakan sidang akhbar bagi menuntut penjelasan daripada Lim Guan Eng mengenai isu penjualan tanah Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis di Georgetown Pulau Pinang semalam.

PULAU PINANG, JUMAAT, 10 Ogos. 2012: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini mendedahkan tapak tanah kosong seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini dimiliki oleh kerajaan DAP negeri.

Ketua Penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leong berkata, berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Galian negeri, ia menunjukkan tanah kosong di Taman Manggis itu masih dimiliki oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kata beliau, pihaknya telah meminta peguam menulis surat kepada Pejabat Tanah dan Galian negeri untuk mendapatkan pengesahan mengenai status tapak tanah di Taman Manggis itu minggu lalu, tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment