My Add

Friday 17 August 2012

Pas perjuang negara Islam bukan dibimbangi DAP

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Pas memberi jaminan kepada DAP bahawa parti itu akan terus memperjuangkan kempen penubuhan negara kebajikan yang dibayangi Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bukannya negara Islam yang dibimbangi DAP.

Namun, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menegaskan, kempen untuk menegakkan negara berkebajikan yang dibayangi Islam itu adalah hak Pas dan DAP tidak sepatutnya campur tangan dalam perkara itu.

Malah, jelas beliau, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menentang negara Islam kerana perjuangan Pas adalah menubuhkan negara berkebajikan berasaskan Islam, bukannya negara Islam.

Beliau sebaliknya menempelak UMNO kerana kenyataan daripada pemimpin DAP itu kelihatan senada dengan perjuangan parti pemerintah itu yang didakwa menolak penubuhan negara Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment