My Add

Monday 6 August 2012

Perkasa cadang tubuh Perbadanan Royalti Minyak Kelantan


*IBRAHIM Ali (berdiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa di Masjid Saidina Hamzah, Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT, AHAD, 05 Ogos, 2912: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu Perbadanan Royalti Minyak Kelantan ditubuhkan jika bayaran tunai hasil petroleum diberikan kepada negeri ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan perbadanan tersebut penting bagi memastikan pengagihan wang itu dibuat secara telus untuk kebajikan rakyat Kelantan.

Beliau mencadangkan supaya perbadanan tersebut diterajui bersama oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ketua Pegawai Eksekutifnya biarlah diamanahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK)," katanya semasa ditemui di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment