My Add

Friday 17 August 2012

Persiapan Aidilfitri enam sekeluarga musnah

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Aidilfitri bakal menjengah kurang dua hari lagi, namun enam sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di tingkat dua, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 2.30 pagi ketika ketua keluarga itu, Fithal Mohamad, 55, sedang tidur bersama isteri dan empat orang anak dalam rumah.

Fithal berkata, dia menyedari kebakaran berlaku sebaik sahaja terhidu bau asap dan melihat kepulan asap dari ruang tamu rumah.

"Saya hanya nampak asap tebal. Saya kemudian bergegas membawa anak dan isteri keluar segera dari rumah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Fithal berkata, dalam keadaan kelam-kabut, dia bersama isteri sempat meminta bantuan jiran untuk memadamkan kebakaran. Namun bekalan air yang terputus sejak beberapa minggu lalu menyukarkan usaha mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment