My Add

Wednesday 22 August 2012

PDRM iktiraf peranan anggota wanita



*LOI Poo Lang (empat dari kanan) memberi taklimat kepada pegawai dan anggota wanita PDRM sebelum melaksanakan tugas mereka ketika menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Kem INAP Dili, Timor Leste, semalam.

DILI, SELASA, 21 Ogos, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan pengiktirafan kepada wanita dalam pasukan itu apabila seramai 24 pegawai dan anggotanya turut dihantar menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste.

Biarpun misi PDRM di sini menerusi pasukan Malaysia Formed Police Unit (Mal-FPU) dan United Nations Police (UNPol) bakal berakhir hujung tahun ini, namun peluang kepada anggota wanita untuk merasai pengalaman bertugas di sini tetap dilaksanakan.

Malah, langkah PDRM berbuat demikian menerima pujian Pesuruhjaya UNPol, Ketua Polis-Supritendan Luis Carilho yang menyifatkan kumpulan tersebut amat terlatih dan mampu menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment