My Add

Wednesday 22 August 2012

Yuran pengajian IPTA tidak naik, subsidi 90 peratus dikekal

PUTRAJAYA, SELSA, 21 Ogos, 2012: Kerajaan memberi jaminan kadar yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak akan dinaikkan selagi usaha untuk memberi peluang kepada pelajar meneruskan pengajian di peringkat tinggi menjadi fokus utama.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, ini termasuk mengekalkan subsidi 90 peratus untuk menanggung kos yuran pengajian dan mengekalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai sebuah badan pnjaman bagi menampung kos yuran dan sara hidup pelajar.

Pada masa sama, jelas beliau, kerajaan akan meningkatkan kedudukan IPTA sedia ada selain memberi peluang kepada pihak swasta melengkapkan peranan kerajaan bagi membolehkan mereka mewujudkan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

''Kita bernasib baik kerana kerajaan melihat pengajian tinggi sebagai satu pelaburan dan memberi fokus soal pembangunan modal insan serta ingin meletakkan golongan muda sebagai sasaran pembangunan itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment