My Add

Wednesday 22 August 2012

Operasi asrama Unisel 23 Ogos

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel) berharap agar masalah penempatan asrama bagi pelajar universiti itu tidak berulang pada masa depan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajarnya (MPP), Mohd. Jeffri Abu Hassan berkata, masalah tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia menyebabkan pelajar berdepan dengan pelbagai masalah dan kesusahan.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya bersyukur kerana masalah itu akhir selesai setelah pihak pengurusan asrama memberi pengesahan bahawa operasi asrama akan bermula semula pada 23 Ogos ini.

"Pelajar-pelajar boleh mendaftar seperti biasa mulai lusa bagi memasuki asrama. Kuliah pula akan bermula pada 27 Ogos ini yang merupakan tarikh permulaan semester baru.

"Kita akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa mengenai keadaan di sini. Pihak MPP juga akan mengadakan rundingan bersama pihak Unisel dan syarikat konsesi pengurusan asrama, Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) agar tidak berlaku kejadian sebegini lagi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment